Perancangan perjanjian Perjanjian_Locarno

Menteri Luar Jerman, Gustav Stresemann memberi keutamaan dalam memulihkan prestij dan keistimewaan Jerman sebagai negara Eropah utama. Perancis dijadualkan akan melepaskan pendudukannya ke atas Ruhr pada Januari 1925, namun Stresemann merasakan Perancis merasa bimbang dengan keselamatan negara mereka dan gusar akan membatalkan perancangan melepaskan Ruhr. Stresemann menyedari bahawa Perancis terlalu menginginkan jaminan British berkenaan sempadan selepas perang, namun London enggan. Stresemann datang dengan satu rancangan dimana semua pihak mendapat apa yang mereka mahukan melalui satu siri jaminan yang dinyatakan dalam satu siri perjanjian. Hal ini dipersetujui oleh Menteri Luar British, Austen Chamberlain. Perancis pula menyedari pendudukannya ke atas Ruhr telah menyebabkan lebih banyak kerugian terutama kewangan dan diplomatic berbanding menguntungkan. Persidangan Menteri-Menteri Luar yang diadakan di sebuah resort di Locarno, Switzerland pada Oktober 1925 telah bersetuju dengan rancangan Stresemann. Perjanjian pertama adalah paling krtikal: jaminan bersama perbatasan Belgium, Perancis dan Jerman, yang mana dijamin oleh Britain dan Itali. Perjanjian kedua dan ketiga adalah timbangtara di antara Jerman-Belgium, dan Jerman-Perancis, berkaitan pertikaian masa hadapan. Perjanjian keempat dan kelima pula timbangtara antara Jerman-Poland dan Jerman- Czechoslovakia. Poland dan Czechoslovakia, merasa tergugat dengan perjanjian Locarno ini dan perjanjian ini adalah usaha untuk menyakinkan mereka. Perjanjian Locarno telah memberi tempat kepada Jerman dalam Liga Bangsa pada September 1926, dengan satu tempat untuk peguamnya sebagai ahli tetap. [1]